Peace!
Assalamualaikum. Hai awak *lambai* Lama kita tak update. Rindunyeeeeeeeeeee\iskisk/ Dua minggu kat Johor. Balik kampung ooohhh balik kampung ooohhh balik kam.. okay dah. Best tak cuti? Jalan-jalan pergi mana je? Ish banyak soklan lah minah ni. Okay dah. Haih -.-
Seminggu duk rumah atok. Haikal sunat. Woah adikku dah besau naa *gelak* Best gak duk kampung. Takde gangguan. Rajin lah jugak aku nak siapkan homework. Tapi hampeh sebab bawak correction fizik je. Yang lain tertinggal. Diulang tertinggal. Okay. Then hari khamis kot, Hani datang. Adalah gak geng. Tapi kerja memang sama lah. Melepak depan tv. Pagi-pagi dah bukak tv3. Tengok Malaysia Hari Ini. Betapa terisinya kitorang punya hari\mwehehe/
Sabtu. Keluar hangout. Hani kata hari sabtu mesti bersepah budak STMI. Memang pun haih. Pahtu dia set up sebab Cyrul nak jumpa. Okay then. Lagi satu sebab nak keluar ialah nak redeem voucher pizza. Bagus. Jimat duit. Sampai je Wetex Parade , terus pergi Pizza Hut. Makan. Semua pun dah kebulur macam tak pernah makan. Padahal Cik Ijad dah suruh makan dulu sebelum gerak. Tulah pasaii naa. Degil sungguh\ngehngeh/ As usual, pictures are necessary :D
Kisahnya dekat Pizza Hut pulak. Dapat free chicken soup! Bangga gilosssss *gelak jahat* Sebabnya masa Hani baca doa, bos nampak. Then dia offer chicken soup. FREE :D
Percaya?*angguk* BAGUS!*tepuk*
Kenyang. Pahtu ke destinasi seterusnya. My Box. Apa lagi. Karaoke lah. Semua pun nak release tension macam hapee dah semua. Serabai *geleng* Hani jumpa Cyrul kat sini. Yang lain semua dok melalak nyanyi. Baguih naaa *tepuk*
Pahtu tenenenene. Jalan dalam wetex. Ramai sangat orang. Topup, beli Cool Blog. Yummy! Then lepas solat asar terus balik. And you know what? Gambar dalam kereta dengan kat rumah lagik banyak tahuk. Ish hapeeee laaaa
Then, malam tu kami makan burger McD. Cik Ijad belanja. Wuhuuu rezeki meh :D Makan burger sambil ngadap tv cerita Sebelum Kiamat. Boleh tahan sedih jugak. Ada Sofi Jikan tapi bawak watak baik. Sennngggaatt aahhh *gelak kuat*
Memang best lah masa ni. Rasa macam tak cukup je masa yang kitorang spent hangout. Karok bagai nak gila. Dengan hujannya masa nak keluar memang best. Hope dapat hangout lagi. Gbye *lambai*
Nota Lantai : Haih, ajak jumpa tapi tak cakap ape-ape ke cik abang? Hehe :)
No comments:
Post a Comment